Tuesday, March 16, 2010

5 Teori Kerja Sosial Individu dalam Kumpulan

5 teori yang berkaitan dengan kerja sosial individu dan kumpulan (intervansi).

1. Johnson dan Johnson, 1997
“Dua atau beberapa orang individu yang berinteraksi secara bersemuka yang mempunyai kesedaran terhadap keahlian mereka dalam kumpulan, setiap ahlinya sedara akan kewujudan hubungan sedar akan haknya dan sedar mengenai kebergantungan yang positif untuk mereka sama-sama mencapai matlamat yang utama.”

Dalam kerja sosial individu dan kumpulan setiap individu perlu berinteraksi antara satu sama lain. Setiap indivisu mempunyai role masing-masing yang boleh mempengaruhi keseluruhan kumpulan. Kesedaran setiap ahli kumpulan terhadap tanggungjawab mereka untuk membantu antara satu sama lain adalah penting untuk mencapai matlamat yang diinginkan. Setiap individu dalam kumpulan itu juga perlu sedar akan hak mereka dan kebergantungan mereka antara satu sama lain. Contonhnya, jika seorang individu dalam kumpulan itu bermasalah, maka tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah itu akan digalas oleh setiap ahli kumpulan yang lain sehinggalah matlamat untuk menyelesaikannya telah tercapai.”

2. Toseland dan Rivas, 1998
“…………. aktiviti bermatlamat yang dilaksanakan terhadap sekumpulan orang yang memenuhi keperluan sosialemosi dan menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Aktiviti ini dibentuk khusus untuk individu dalam kumpulan dan kumpulan secara keseluruhan dalam sistem yang memberi perkhidmatan.”

Kerja sosial dalam kumpulan ini menjurus kepada membantu ahlinya melaksanakan tanggungjawabnya dalam kumpulan dan bersosial di antara satu sama lain. Bagaimana seorang pekerja sosial membantu setiap ahli dalam kumpulan itu berkomunikasi dengan berkesan, menyelesaikan masalah dan menjalankan tanggungjawab dengan baik. Ia menggalakkan setiap individu itu cuba mengambil bahagian dalam kumpulan, menyumbang saran idea dan tidak rasa terpinggir daripada ahli kumpulan yang lain. Contohnya, praktis kerja sosial dalam kumpulan boleh mengawal sesuatu kumpulan itu dalam melaksanakan tugas-tugas mereka dan memastikan setiap ahlinya tahu akan peranan masing-masing dengan agihan tugas daripada ketua kumpulan. Selain meningkatkan kefungsian sosial antara individu dalam kumpulan, ia juga boleh membangunkan kepimpinan dikalangan ahli kumpulan itu dan semangat kerja berpasukan adalah penting dalam merealisasikan objektif agar kejayaan organisasi tersebut akan terlaksana.


3. Hare, 1962
“Saiz sesuatu kumpulan mampu mempengaruhi tahap kepuasan, interaksi ahli dan daya pencapaian setiap ahlinya.”


Jumlah ahli dalam kumpulan tersebut mempengaruhi tahap kepuasan setiap individu dalam kumpulan tersebut. Interaksi antara ahli kumpulan yang berjumlah yang besar akan membataskan komunikasi dan tahap kepuasan setiapi ahli dalam kumpulan tersebut adalah kurang berbanding dengan kumpulan kecil. Tekanan dikalangan ahli kumpulan yang besar lebih tinggi kerana mereka mungkin tidak berkesempatan bersuara ataupun mungkin ada sahaja ahli kumpulan yang sentiasa memonopoli keseluruhan perbincangan atau tindakan dalam melaksanakan sesuatu tugasan itu. Tahap kepuasan atau kesukaran melontarkan pendapat dan limitasi peluang untuk menjalankan role masing-masing akan terlihat di situ. Contohnya, dalam satu kumpulan yang ahlinya terdiri daripada 10 orang ahli, individu A dan B adalah diantara ahli dalam kumpulan itu, B sangat aktif dan sentiasa melontarkan idea yang bernas tidak memberi peluang kepada ahli lain untuk mengambil bahagian. Maka, individu A yang cuba memberi pendapat sentiasa disangkal oleh individu B. Bekerja dalam kumpulan yang kecil seperti ahlinya terdiri daripada 3 orang lebih mudah daripada melayan kerenah 10 orang dalam satu kumpulan. Di sinilah role sebagai pekerja sosial kumpulan perlu ditonjolkan supaya tidak berlaku bias.

4. DuBois et al., 1999

“Pekerja sosial menggunakan struktur dan proses kumpulan untuk memudahkan perubahan.”

Membuat keputusan bersama dan menggunakan suara majoriti adalah lebih adil berbanding membuat keputusan sendiri. Pencapaian sesuatu matlamat mudah tercapai dengan kesepakatan ahli yang ramai struktur menjana perubahan demi kepentingan bersama akan lebih mudah direalisasikan. Contohnya, dalam membuat undian bersama, keputusan yang mempunyai undian yang tinggi berpotensi untuk dilaksanakan dan tidak boleh disangkal demi kebaikan bersama ini adalah hasil suara ramai untuk mendapatkan perubahan.

5. Marian F. Fataout, 1992

“Keupayaan kerja kumpulan dianggap sebagai modaliti untuk membawa perubahan sama dalam persekitaran atau dalam perhubungan interpersonal, juga interpersonal setiap ahlinya.”

Perhubungan interpersonal mahu pun juga persekitaran sangat penting dalam memantapkan keupayaan kerja kumpulan tersebut. Setiap ahli kumpulan harus mengenali dan memahami antara satu sama lain, jadi kerjasama dapat dibentuk dan melancarkan lagi rencana pelaksanaan kerja. Hubungan itu merupakan tunggak sejauhmana perubahan dapat dilakukan secara efektif dan membawa kesan mendalam terhadapi diri setiap individu dalam kumpulan tersebut. Jika hubungan sesama ahli itu goyah, inikan pula keseluruhan kumpulan tersebut? Sebelum bersosial atau membawa perubahan terhadap persekitaran, setiap invidu dalam kumpulan tersebut sudah mempunyai hubungan yang arkrab, sepakat dan saling bantu-membantu dalam mencapai matlamat. Perubahan yang dilakukan haruslah menjana kebaikan kepada persekitaran dan ahlinya bukan untuk menyumbang kepada kesusahan atau perkara yang tidak baik.

No comments:

Post a Comment