Friday, March 19, 2010

PERINGKAT PROSES KAUNSELING



Peringkat permulaan adalah “Membina Hubungan”, dalam fasa ini kaunselor akan bertemu klien kali pertama dan memulakan sesi. Ia lebih kepada sesi perkenalan dan mengenali klien dengan lebih dekat. Memberikan klien kepercayaan, membuatkan klien selesa dan tidak malu untuk menceritakan masalah beliau. Pada fasa ini, kaunselor perlu memainkan peranan untuk merangsang klien berkongsi dan melanjutkan sesi temubual itu dengan soalan-soalan yang khusus. Apabila klien sudah mula bersedia, kaunselor perlu melakukan penstrukturan supaya klien perlu jelas dan faham dengan matlamat sesi tersebut. Antaranya menyatakan peranan dan tanggungjawab kaunselor dan klien, etika kerahsiaan, tempoh masa, peraturan sesi kaunseling dan bayaran, jika berkaitan. Dalam fasa ini kaunselor perlu membina hubungan baik dengan klien, tunjukkan minat, empati dan kefahaman melalui parafrasa.

Peringkat kedua pula adalah “Menerokai dan Analisis Masalah”, lebih mendorong kepada soalan terbuka bertujuan membimbing arah perbincangan dan kaunselor perlu mendengar secara aktif. Kaunselor perlu menerokai masalah sebenar klien dan membuat penganalisaan terhadap setiap respon klien apabila menjawab soalan. Di sini teknik memparafrasa, refleksi perasaan dan beri galakan kepada klien supaya bercakap dan meluahkan isi hati. Sekiranya kaunselor tidak pasti atau ingin semak kefahaman maka, kaunselor perlu meminta penjelasan semula agar tidak berlaku kesilapan dalam catatan kaunselor.

Peringkat ketiga adalah “Mengenalpasti Masalah”, iaitu setelah mendengar segala masalah klien, kaunselor perlu mengenalpasti masalah yang menjadi punca utama klien tersebut. Kaunselor perlu mentafsir masalah dan cuba berbincang dengan klien. Sebagai kaunselor tidak boleh meletakkan nilai pada klien, jangan ada bias dan meletakkan kesalahan seratus peratus kepada klien. Kaunselor perlu membantu klien dalam menangani masalah mereka.

Seterusnya peringkat keempat adalah “Membincangkan Strategi Penyelesaian, Alternatif, Kesan”. Pada fasa ini kaunselor bersama-sama klien berbincang dan mengatur strategi agar membolehkan klien menangani atau mengatasi masalah beliau. Kaunselor berperanan membantu klien menyemak kebarangkalian potensi kejayaan dan halangan dihadapi bakal dalam melaksanakan rancangannya. Kaunselor juga boleh memberikan panduan tentang langkah yang dianggap baik untuk mengatasi masalah yang dibawa oleh klien. Kaunselor boleh sertakan contoh dan bincangkan dengan menyentuh kemungkinan cadangan kaunselor dapat dilaksanakan beserta kekuatan dan kelemahan cadangan itu mengikut panduan klien dan kaunselor.

Peringkat kelima adalah “Tindakan”, kaunselor dan klien membuat pilihan alternatif mana yang terbaik bagi menangani atau menyelesaikan masalah tersebut. Kaunselor tidak boleh memberikan keputusan kepada klien, mereka perlu membuat keputusan sendiri. Kaunselor hanya membantu dan menanyakan kemungkinan apakah strategi terbaik bagi klien untuk menangani masalahnya. Kata putus oleh klien atau keputusan yang dibuat oleh klien Salah satu peranan penting yang dilaksanakan oleh kaunselor dalam mengambil tindakan ialah merujukkan klien kepada pakar, tempat, atau bahan maklumat yang diperlukan bagi membantu mereka menangani masalah.

Peringkat keenam adalah “Penamatan Sesi”, pada fasa ini sebelum menamatkan sesi kaunselor perlu membuat rumusan daripada keseluruhan sesi tersebut. Di dalam kaunseling, penamatan dibuat pada dua cara iaitu penamatan bagi setiap sesi kaunseling yang dijalankan pada akhir sesi dan seterusnya terdapat beberapa sesi lagi klien perlu bertemu dengan kaunselor. Cara kedua adalah penamatan terus serta memberhentikan khidmat dan hubungan kaunseling antara klien dan kaunselor mengikut persetujuan bersama serta jika klien sudah benar-benar pulih.

Peringkat terakhir adalah “Susulan”, fasa terakhir ini kaunselor perlu membuat susulan terhadap klien itu. Menghubungi klien untuk temujanji sesi berikutnya ataupun memantau tindakan klien. Khidmat susulan dilakukan bagi memonitor kemajuan klien dalam konteks keupayaannya menguruskan permasalahan yang dihadapinya. Antaranya adalah mendengar kemajuan yang telah dibuat oleh klien dan memberikan galakan atau bimbingan baru untuk meningkatkan progres diri klien. Mengatur atau mengubah strategi baru dalam bentuk intervensi bagi membantu klien. Seterusnya menilai strategi yang telah dilaksanakan oleh klien dan akhir sekali, memberikan khidmat lanjutan seperti khidmat rujukan sekiranya dirasakan perlu.


Rujukan:

1. http://kaunselingindividu. blogspot.com/ , Universiti Pertanian Malaysia, UPM Serdang (1995)

2. Maznah Baba dan Zainal Madon.(2005), Kaunseling Individu. PTS Professional.

Tuesday, March 16, 2010

5 Teori Kerja Sosial Individu dalam Kumpulan

5 teori yang berkaitan dengan kerja sosial individu dan kumpulan (intervansi).

1. Johnson dan Johnson, 1997
“Dua atau beberapa orang individu yang berinteraksi secara bersemuka yang mempunyai kesedaran terhadap keahlian mereka dalam kumpulan, setiap ahlinya sedara akan kewujudan hubungan sedar akan haknya dan sedar mengenai kebergantungan yang positif untuk mereka sama-sama mencapai matlamat yang utama.”

Dalam kerja sosial individu dan kumpulan setiap individu perlu berinteraksi antara satu sama lain. Setiap indivisu mempunyai role masing-masing yang boleh mempengaruhi keseluruhan kumpulan. Kesedaran setiap ahli kumpulan terhadap tanggungjawab mereka untuk membantu antara satu sama lain adalah penting untuk mencapai matlamat yang diinginkan. Setiap individu dalam kumpulan itu juga perlu sedar akan hak mereka dan kebergantungan mereka antara satu sama lain. Contonhnya, jika seorang individu dalam kumpulan itu bermasalah, maka tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah itu akan digalas oleh setiap ahli kumpulan yang lain sehinggalah matlamat untuk menyelesaikannya telah tercapai.”

2. Toseland dan Rivas, 1998
“…………. aktiviti bermatlamat yang dilaksanakan terhadap sekumpulan orang yang memenuhi keperluan sosialemosi dan menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Aktiviti ini dibentuk khusus untuk individu dalam kumpulan dan kumpulan secara keseluruhan dalam sistem yang memberi perkhidmatan.”

Kerja sosial dalam kumpulan ini menjurus kepada membantu ahlinya melaksanakan tanggungjawabnya dalam kumpulan dan bersosial di antara satu sama lain. Bagaimana seorang pekerja sosial membantu setiap ahli dalam kumpulan itu berkomunikasi dengan berkesan, menyelesaikan masalah dan menjalankan tanggungjawab dengan baik. Ia menggalakkan setiap individu itu cuba mengambil bahagian dalam kumpulan, menyumbang saran idea dan tidak rasa terpinggir daripada ahli kumpulan yang lain. Contohnya, praktis kerja sosial dalam kumpulan boleh mengawal sesuatu kumpulan itu dalam melaksanakan tugas-tugas mereka dan memastikan setiap ahlinya tahu akan peranan masing-masing dengan agihan tugas daripada ketua kumpulan. Selain meningkatkan kefungsian sosial antara individu dalam kumpulan, ia juga boleh membangunkan kepimpinan dikalangan ahli kumpulan itu dan semangat kerja berpasukan adalah penting dalam merealisasikan objektif agar kejayaan organisasi tersebut akan terlaksana.


3. Hare, 1962
“Saiz sesuatu kumpulan mampu mempengaruhi tahap kepuasan, interaksi ahli dan daya pencapaian setiap ahlinya.”


Jumlah ahli dalam kumpulan tersebut mempengaruhi tahap kepuasan setiap individu dalam kumpulan tersebut. Interaksi antara ahli kumpulan yang berjumlah yang besar akan membataskan komunikasi dan tahap kepuasan setiapi ahli dalam kumpulan tersebut adalah kurang berbanding dengan kumpulan kecil. Tekanan dikalangan ahli kumpulan yang besar lebih tinggi kerana mereka mungkin tidak berkesempatan bersuara ataupun mungkin ada sahaja ahli kumpulan yang sentiasa memonopoli keseluruhan perbincangan atau tindakan dalam melaksanakan sesuatu tugasan itu. Tahap kepuasan atau kesukaran melontarkan pendapat dan limitasi peluang untuk menjalankan role masing-masing akan terlihat di situ. Contohnya, dalam satu kumpulan yang ahlinya terdiri daripada 10 orang ahli, individu A dan B adalah diantara ahli dalam kumpulan itu, B sangat aktif dan sentiasa melontarkan idea yang bernas tidak memberi peluang kepada ahli lain untuk mengambil bahagian. Maka, individu A yang cuba memberi pendapat sentiasa disangkal oleh individu B. Bekerja dalam kumpulan yang kecil seperti ahlinya terdiri daripada 3 orang lebih mudah daripada melayan kerenah 10 orang dalam satu kumpulan. Di sinilah role sebagai pekerja sosial kumpulan perlu ditonjolkan supaya tidak berlaku bias.

4. DuBois et al., 1999

“Pekerja sosial menggunakan struktur dan proses kumpulan untuk memudahkan perubahan.”

Membuat keputusan bersama dan menggunakan suara majoriti adalah lebih adil berbanding membuat keputusan sendiri. Pencapaian sesuatu matlamat mudah tercapai dengan kesepakatan ahli yang ramai struktur menjana perubahan demi kepentingan bersama akan lebih mudah direalisasikan. Contohnya, dalam membuat undian bersama, keputusan yang mempunyai undian yang tinggi berpotensi untuk dilaksanakan dan tidak boleh disangkal demi kebaikan bersama ini adalah hasil suara ramai untuk mendapatkan perubahan.

5. Marian F. Fataout, 1992

“Keupayaan kerja kumpulan dianggap sebagai modaliti untuk membawa perubahan sama dalam persekitaran atau dalam perhubungan interpersonal, juga interpersonal setiap ahlinya.”

Perhubungan interpersonal mahu pun juga persekitaran sangat penting dalam memantapkan keupayaan kerja kumpulan tersebut. Setiap ahli kumpulan harus mengenali dan memahami antara satu sama lain, jadi kerjasama dapat dibentuk dan melancarkan lagi rencana pelaksanaan kerja. Hubungan itu merupakan tunggak sejauhmana perubahan dapat dilakukan secara efektif dan membawa kesan mendalam terhadapi diri setiap individu dalam kumpulan tersebut. Jika hubungan sesama ahli itu goyah, inikan pula keseluruhan kumpulan tersebut? Sebelum bersosial atau membawa perubahan terhadap persekitaran, setiap invidu dalam kumpulan tersebut sudah mempunyai hubungan yang arkrab, sepakat dan saling bantu-membantu dalam mencapai matlamat. Perubahan yang dilakukan haruslah menjana kebaikan kepada persekitaran dan ahlinya bukan untuk menyumbang kepada kesusahan atau perkara yang tidak baik.

Friday, January 29, 2010

Tahap praktis kerja sosial di Malaysia pada hari ini

Apakah itu kerja sosial? Bukan semua individu mengetahui tentang kerja sosial itu sendiri, ia merupakan salah satu daripada pelbagai bentuk khidmat yang dapat ditawarkan oleh masyarakat dalam membantu anggotanya memenuhi pelbagai keperluan hidup dan meneruskan tanggungjawab di samping meningkatkan kualiti hidup secara menyeluruh. Tidak dinafikan kerajaan memandang serius terhadap kebajikan rakyat, tetapi bagaimana pula peranan masyarakat dalam membantu kerajaan? Masyarakat Malaysia umumnya mampu bertindakbalas terhadap cabaran tersebut dengan memperluas serta mempertingkatkan lagi perkhidmatan sosial yang sedia ada. Pendidikan kerja sosial penting demi menyumbang ke arah memperbaiki taraf dan kualiti hidup, di samping meningkatkan kebajikan serta kesejahteraan sosial untuk menjayakan wawasan negara.

Kepentingan praktis kerja sosial di Malaysia dalam era pasca industri, masyarakat terpaksa membuat penyesuaian dengan pelbagai situasi baru seperti perbezaan agama, bidang pekerjaan, status, taraf pendidikan, perbezaan budaya dan sebagainya. Konsep Satu Malaysia memberi tumpuan kepada pembangunan dalam menjadi sebuah negara maju dan akan diseimbangkan dengan keperluan rakyat tanpa mengira kaum. Misi ini adalah untuk menyahut cabaran Perdana Menteri kita iaitu untuk mengubah persepsi segelintir lapisan rakyat yang mindanya terkongkong dengan cara pemikiran lama. Rakyat perlu saling bantu membantu tanpa mempersoalkan status kaum masing-masing untuk memantapkan lagi perpaduan rakyat di Malaysia. Prinsip dan nilai-nilai persaudaraan dikalangan rakyat Malaysia adalah bersifat majmuk. Oleh hal yang demikian, dalam usaha membangun negara, pelbagai isu dan masalah sosial perlu dihadapi dan ditangani bersama secara bijak serta berhemah.

Mana-mana kumpulan masyarakat dalam Malaysia tidak perlu menganggap bahawa mereka adalah warga negara kelas dua dalam negara. Malah setiap anak Malaysia adalah potensi modal insan yang penting kepada negara. Kebiasaannya praktis kerja sosial ini boleh melibatkan individu mahupun berkumpulan. Bantuan orang perseorangan juga diperlukan bagi membantu masyarakat yang kurang kemampuan dan memerlukan bantuan. Peranan NGO bergiat dan membangunkan program dalam menyediakan kemudahan berterusan untuk kumpulan terpinggir yang melibatkan gejala sosial. Contohnya, PEMADAM ditubuhkan oleh rakyat bagi membantu rakyat menangani gejala dadah yang kian meningkat di Malaysia.

Bagi menggalak dan memperkukuhkan lagi kerjasama antara etnik dan meningkatkan persefahaman di kalangan komuniti. Semangat gotong-royong dan komitmen yang tinggi untuk mencapai perpaduan dalam masyarakat yang berbilang etnik dan budaya akan dipupuk melalui pelbagai program. Di kawasan bandar, lebih banyak Jawatankuasa Rukun Tetangga akan ditubuhkan dan skop aktivitinya akan diperluaskan lagi meliputi golongan muda melalui program Rakan Muda. Usaha yang lebih giat perlu dilaksanakan oleh jawatankuasa tersebut untuk menggalakkan penyertaan masyarakat dan memupuk hidup berjiran serta membantu mengurangkan jenayah di kawasan perumahan. Kerja Sosial berkumpulan seperti ini memerlukan pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit serta material. Walaubagaimanapun nilai kesukarelawan itu sendiri perlu ada dalam diri setiap individu.

Saranan untuk menjadikan rakyat yang mempunyai 'mentaliti kelas pertama bertaraf dunia' merupakan suatu hasrat yang baik dan maju ke hadapan. Dalam dunia globalisasi tanpa sempadan dan teknologi canggih ketika ini kita harus berusaha mencapai matalamat itu untuk mengapai kemajuan dan bersaing ke peringkat antarabangsa. Walaupun ia bukan suatu yang mudah tetapi mahu tidak mahu kita harus memulakan usaha untuk mencapainya. Untuk sampai ke tahap itu, di dalam komuniti yang ramai merangkumi berbagai peringkat lapisan masyarakat. Ia bukannya mudah dan sudah tentu akan melalui proses jangka masa yang panjang serta memerlukan perancangan yang rapi.






Wednesday, January 6, 2010

Praktis Kerja Sosial

Apa itu praktis kerja sosial?

Menurut Morales & Sheafor, (1998)- Kerja sosial adalah satu aktiviti professional yang membantu individu, kelompok atau masyarakat untuk meningkatkan atau membaiki kapasiti mereka bagi memenuhi keperluan sosial dan mewujudkan satu keadaan yang kondusif bagi mencapai tujuan tersebut.

Rujukan: Morales, A. and Sheafor, W., 2004. Social Work (10th Ed.) Boston: Pearson


In its basic form, social work practice can be described as a process wherein people with problem and unmet needs engage with social workers in receiving help that results in change (Sheafor, Horejsi & Sheafor, 2000). This type of changes includes individual change, as well as in families, groups, communities and social organizations.

Rujukan: Sheafor, B.W., Horejsi, C.R. & Horejsi, G.A. (1991). Technique and Guidelines for Social Work Practice (2nd Ed.). Boston: Allyn & Bacon.

Social work makes many different forms around the globe. The nature of professional practice in any particular state is grounded in the historical and cultural context as medicated through political, economic and social system (Lorenz 1994).

Rujukan: Lorenz W. (1994). Social Work in a Changing Europe. London: Routledge.


NASW (National Association of Social Work)- 1973.

Kerja sosial merupakan aktiviti professional untuk menolong individu, kumpulan atau komuniti untuk meningkatkan atau memulihkan keupayaan mereka bagi mencapai kefungsian sosial dan seterusnya membentuk “societal” yang baik bagi mencapai matlamat masing-masing.

Rujukan:




Apa itu praktis kerja sosial dengan individu dan kumpulan?

Praktis dengan individu ini melibatkan praktis kerja sosial di peringkat mikro. Intervansi dalam kerja sosial klinikal memberikan penekanan kepada peningkatan dan penyeimbangan fungsi psikologi individu, keluarga dan kumpulan yang melibatkan kedua-dua kaedah iaitu pengubatan dan pencegahan. Intervansi ini bertujuan untuk melihat interaksi antara perseorangan, dinamik, intrafizik, sumber sokongan dan corak pengurusan kehidupan klien. Kerja sosial dengan individu melibatkan pekerja sosial dengan dengan seorang klien. Pekerja sosial itu harus bersama-sama berfikir, memahami perasan dan tingkahlaku yang kongruen. Setiap klien adalah unik dan berbeza dengan individu lain. Melalui proses ini, kita dapat menilai keperluan dan merancang program atau aktiviti yang diberikan kepada klien.

Praktis dalam kumpulan semestinya melibatkan lebih daripada seorang individu. Saiz sesuatu kumpulan juga mampu mempengaruhi tahap kepuasan, interaksi ahli dan daya pencapaian setiap ahlinya. Menurut Hare (1962) kumpulan yang saiznya agak kecil adalah lebih tinggi kepuasannya berbanding kumpulan besar kerana sering mengalami lebih banyak tekanan, sukar berinteraksi dan lain-lain. Ini mungkin juga faktor ahli yang mempunyai pelbagai karenah. Praktis berkumpulan juga adalah aktiviti bermatlamat yang merujuk kepada aktiviti yang dirancang, tersusun dan dijalankan oleh pekerja sosial dalam konteks profesional. Kerja sosial kumpulan ialah kaedah mengemukakan perkhidmatan kepada individu dengan menyediakan pengalaman dalam kumpulan.